Ahad, 24 Januari 2010

BAITUR RAHMAH DAN RAWATAN TRADISIONAL MENTAL, FIZIKAL

Baitur Rahmah sebagai salah satu pusat bimbingan untuk pesakit mental dan fizikal sedang dalam pembinaan semenjak dari tahun 2008 yang lalu sehingga kini masih dalam proses pembinaan yang akan siap sepenuhnya pada tahun ini 2010M inshaAllah.



Kami dengan susah payah melalui hasil dari keringat usaha sendiri termasuk rakan ikhwan yang sudi menghulurkan bantuan telah berjaya mengumpulkan sejumlah wang simpanan sebagai dana permulaan pelaburan kami untuk membina sebuah bangunan dua tingkat mengandungi sepuluh buah bilik atau lebih dan mampu memuatkan lebih dari seratus orang dalam satu masa.


Antara tujuan kami membina bangunan Baitur Rahmah adalah untuk menempatkan para peserta yang mengikuti program kaunseling kami pada setiap masa semenjak 1965 sehingga kini. Sambutan dari peserta yang amat menggalakkan tidak kira usia dan berbagai masalah yang dihadapi itu menyebabkan kami bertekad menyediakan beberapa unit penempatan dan perlindungan tambahan sebagai langkah keselamatan dan keselesaan para penghuni yang ada termasuk alat kelengkapan asas yang diperlukan.


Bangunan Baitur Rahmah dianggarkan akan menelan belanja lebih kurang sebanyak 600,000.00. Pada masa ini kerja kerja sedang giat dijalankan dari bahagian dalaman termasuk kerja kerja syiling cornish yang sedang dalam perbincangan bersama para pemborong yang berminat. Bangunan ini dibina mengikut ketepatan dan standard ukuran kualiti yang diamalkan oleh JKR dan diluluskan oleh Jurutera awam yang mendapat pengiktirafan persatuan dan terdiri dari rakan rakan peserta kami sendiri.  Bangunan ini telah melepasi beberapa tahap ujian kekukuhan yang telah menambahkan lagi keyakinan kami bahawa bangunan Baitur Rahmah akan kekal selamat diduduki apabila siap nanti.

Leia Mais…